Thursday, October 14, 2010

kebaikan perkahwinan campur

  1. IMPAK KEPADA PERKAHWINAN CAMPUR
    • Perkahwinan campur di kalangan masyarakat Muslim di Malaysia meninggalkan impak  bukan sahaja terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung, tetapi juga terhadap masyarakat sekililing dan keadaan sosiologi sesebuah negara. Impak tersebut dapat dilihat dari dua sudut, iaitu sudut positif dan sudut negative
  2. 1  IMPAK POSITIF KEPADA PERKAHWINAN CAMPUR
    • Perkahwinan campur antara dua pihak berlainan agama secara tidak langsung merupakan satu cara untuk menyebarkan ajaran Islam.
    • perkahwinan campur antara masyarakat berbilang kaum, diharapkan dapat memupuk semangat perpaduan antara bangsa berbeza dengan menyelami lebih mendalam budaya dan adapt bangsa yang lain.
    • Di antara kebaikan perkahwinan campur pertamanya ialah pasangan itu berpeluang untuk berkenalan di antara satu sama lain. Bukan sahaja dengan pasangannya bahkan seluruh keluarga yang terlibat dan ini bertepatan dengan hikmah atau tujuan Allah mencipta manusia dari berbilang bangsa, puak dan kaum.
  3. Sambungan….Positif Perkahwinan Campur
    • Anak- anak hasil perkahwinan campur antara dua pihak yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza dapat mendedahkan anak-anak dengan kepelbagaian adat dan budaya antara ibu dan bapa sekali gus meningkatkan tahap komunikasi dan semangat kemasyarakatan dalam diri anak- anak.
    • anak-anak juga dilatih untuk tidak bersifat perkauman dan berfikiran terbuka terhadap budaya orang lain. Dengan cara ini, diharapkan agar perpaduan dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk dapat diperkukuhkan.
  4. Sambungan….Positif perkhwinan campur
    • Perkahwinan campur secara tidak langsung merupakan hasil dari perkembangan pesat globalisasi dan diharapkan dapat menyatukan kepelbagaian budaya masyarakat dalam mereliasasikan globalisasi untuk kemajuan negara.
    • selain peluang untuk memahami dan mengamalkan adat resam serta budaya berbeza, faktor bahasa juga dikira advantage kerana dengan berkahwin seseorang itu memiliki 'kamus hidup', yang pasti akan membantu  dalam menguasai sesuatu bahasa.
  5.   aku jumpa ni
     
    "Pandangan saya kahwin campur nih baik dipandang islam,saya beralasan begitu kerana islam tidak menggalakkan kahwin saudara terdekat.Mungkin sdr berjumpa sirah, Fatimah berkahwin dgn bapa saudara sepupunya (Ali) dan guru saya menjawab kerana semasa itu umat islam belum ramai. Kedua fasal kahwin ini kufu juga diambil kira. Kahwinlah dgn bangsa apa pun, yg penting faham islam dan kalau boleh sekufu (utk memudahkan perjalanan rumahtangga) 

    Antara kebaikan kahwin campur nih, rata rata saya lihat anak mereka lawa,cerdik dan sehat. Teori nih yg dipraktik oleh jabatan haiwan...sekumpulan binatang peliharaan (lembu,kambing dsnnya) harus ditukar bapaknya,utk mengekalkan genetik yg baik. 
                                                                                                                                                         
  6. eh ade no 7..takde la aku ni nak cakap..aku si radiome.. aku setuju dengan brother tu cakap.. pasal kebaikan nya menghasilkan genetik yang baik.. aku paling suka sebab boleh sebarkan agama kita..ye tak?